Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, December 5

My NeW Office

sURE DA lama korang x dengar cite IntaN kan...actually ..skrg ni da tukar tempat kerja baru ....so tuh yg da lama x update...2 minggu jek IntaN duk umah ...hikhikhik..bersantai..sambil..menganggur..lepastu da dapat kije...masa duk umah asik makan tido ..makan tido..tp ada tumbum lar jugak ..cikit...dari dulu..hikhikhik..kat bawah ni ..gambar di ofc baru......

ni masa aku nak sarapan pagi ..ni layan amik gambar kejap..kikiki..ni pun sementara jek ofc ni ..lepas ni..nak pindah dah..tp dekat jek ..kat belakang...

alhamdullilah .n aku selesa kat sini..so far kawan2..pun alhamdullilah sume ok..tambah kawan lagi nampak nye.....t aku post gambar kawan2 kat sini pulak yek..cun2 sume...kikiki...daaaaa...

Friday, December 4

~JusT for Fun~

Citer 1 Suami : Kenapa Sayang menangis? Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang.. Suami : Buku apa? Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2 Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu . budak : derma ape bang? lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan? budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya. lelaki : ?????

Citer 3 Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu, Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja. Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear. Kawan Tok Batin : ????????

Citer 4 Seorang posmen yang datang menghantar surat .. ' Assalamualaikum ' ' Walaikumsalam ' ' Ni rumah encik Sameon ye? ' Ya saya' ' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ' ' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'

Citer 5 Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka. Farid : Mengapa? Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya. Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya. Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........

Citer 6 3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 7 Orang Asli Dan Polis orang asli : selamat pagi tuan polis : selamat pagi polis : apa hal orang asli : saya nak buat repot tuan! polis : fasal apa tu? orang asli : kawan saya di baham harimau polis : pukul berapa orang asli : dia tak pukul, terkam polis : habis? orang asli : tak habis, tinggal kepala

kisah 8 Seorang lelaki pergi ke klinik mata . Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang l ain ?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki itu dengan riang.

kisah 9 Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin. Shan : Kenapa menangis? Amin : Saya datang untuk ujian darah. Shan : Awak takut ke? Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.) Amin : Eh, kenapa pula awak menangis? Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 10 Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. 'Atok buat apa tu?'. 'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu ?'

kisah 11 Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan. Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum? Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir. Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum? Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

TangaNi kemarahan dengan teNanG ...

ANDA hanya menyemarakkan api yang menyala jika berterusan menyerang pasangan di saat hubungan tidak keruan.Dalam sesebuah perhubungan, ada pasang surutnya. Bahkan pasangan yang dilihat begitu mesra, romantis dan saling berkasih sayang boleh berantakan hanya kerana salah faham atau munculnya orang ketiga.Apabila hubungan semakin intim atau kebahagiaan mula dikecapi, jagalah hati pasangan. Barangkali anda lebih disenangi pasangan kerana di saat bertengkar, anda lebih banyak mengalah demi menyelamatkan perhubungan. Jangan fikirkan untuk menikmati saat bahagia saja sedangkan terlupa menelah ribut yang tiba-tiba melanda perhubungan.

Sebaiknya ketika pasangan sedang menyinga, anda harus reda dan memberi ruang untuk berfikir sejenak jika mahukan hubungan berdua kembali seperti sebelumnya.

Barangkali petua berikut ini mampu menangani sebahagian besar masalah yang dihadapi:Hubungan tidak terjamin lagi Wanita tertarik dengan lelaki yang penuh karisma dan keyakinan. Andai anda sendiri berasa kurang yakin malah sesekali berasa cemburu dengan status kerjaya dan gajinya yang tinggi, pasti mereka mulai menghindari anda. Jika ada perasaan sebegitu, sebaiknya anda kawal hati dengan sebaiknya. Tidak salah andai gaji mereka lebih besar daripada anda.Suka dengan (nama wanita lain)Jangan beritahu mereka mengenai isi hati anda ini lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki yang mudah tertarik dengan mana-mana wanita cantik.Simpan rahsia kelemahan andaJika anda lelaki yang takutkan labah-labah mahupun cicak, simpan rahsia itu sebaiknya supaya tidak diketahui si dia. Biarkan mereka tahu rahsia anda secara semula jadi iaitu sepanjang berhubungan dengan anda.Bandingkan dirinya dengan teman wanita terdahuluWanita tidak suka dibandingkan dengan perempuan lain terutama hal yang buruk. Jika anda berbuat begitu, anda sebenarnya menempah satu hubungan yang singkat.Jangan jadi anak emakBeberapa kali dalam sehari anda menghubungi ibu anda? Jika jawapannya kerap, sebaiknya kurangkan sedikit. Wanita tidak suka berasa seperti sedang berebutkan diri anda daripada ibunya. Jadi simpan rahsia diri sekemas-kemasnya.Anda punyai hobi yang pelikAnda mungkin pengumpul barangan Transformer atau jam antik tegar dan menjadi teruja apabila melihat telur cicak. Tetapi anda perlu sedar, apakah mereka dapat menerima hobi pelik anda itu?Jangan pula berlagak baik dengan memberitahu perkara sebenar kepada mereka. Peluang untuk anda ditinggalkan adalah lebih tinggi sebenarnya."Saya tidak berkenan awak berkawan dengan... (kawan perempuannya) "Jangan sesekali merendah-rendah atau memperlekehkan temannya. Sebaiknya beritahu perkara yang baik saja mengenai mereka. Anda baru saja bersama dengannya sedangkan teman mereka sudah mengenali teman wanita anda sejak sekian lama. Siapakah yang lebih mengenali teman kekasih anda itu? Pastinya anda tidak dalam senarai di atas.Anda sudah melakukan sesuatu yang memalukan sebelum ini. Anda fikir inilah masa yang sesuai untuk membuktikan kejujuran dengan mendedahkan perkara sebenar. Sebenarnya pasangan anda tetap tidak dapat menerima anda pernah menduakannya.Walaupun wanita menyatakan mereka tidak berasa apa-apa, sebenarnya sesetengah mereka tebal dengan sifat dendam dan akan terus mengingati perkara itu sampai bila-bila. Berhati-hati apabila mahu melepaskan beban yang anda tanggung.Anda tertarik dengan teman baiknya yang sangat seksi.Jika anda fikir teman baiknya itu kelihatan seksi, jangan beritahu perkara sebenar walau dengan nada bergurau sekalipun. Tidak mungkin pasangan anda berasakan itu satu gurauan, malah mereka akan berasa marah dan terluka. Dalam jangka masa panjang, kepercayaan mereka terhadap anda sedikit terhakis. Jangan sesekali fikir mereka kuat menghadapi kenyataan anda. Hakikatnya mana-mana perempuan tidak sekuat itu. Jadi jangan ambil risiko.